Kerajaan sedia RM6.8 bilion untuk TVETKUALA LUMPUR: Menyedari kerumitan ekonomi yang menuntut bakat baharu berkemahiran tinggi dan sentiasa beradaptasi dengan dunia yang cepat berubah, kerajaan memperuntukkan keseluruhan RM6.8 bilion untuk memperkasa aliran pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyedari pembangunan bakat tempatan perlu segera melalui pengislahan jitu supaya selari dengan kehendak majikan dan industri. Beliau berkata, Belanjawan MADANI pertama memulakan secara rintis usaha merombak pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, dengan setakat 5 Oktober lalu sejumlah 17 GLC dan 44 syarikat swasta terbabit dalam pemeteraian 61 memorandum persefahaman mencakupi kerjasama melalui pembangunan kurikulum serta sumbangan peralatan dan kepakaran. (seterusnya boleh klik pada gambar) SUMBER DIPETIK DARI AKHBAR BERITA HARIAN 13 OKTOBER 2023 |
TVET perkenal kursus baharu berkaitan EV, tenaga suria bagi penuhi permintaan pasaran
MELAKA : Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata ia merupakan peluang terbaharu ditawarkan Melaka sesuai dengan permintaan guna tenaga sumber manusia bagi tenaga boleh baharu dan juga keperluan guna tenaga untuk pekerjaan berteknologi tinggi. (seterusnya boleh klik pada gambar)
SUMBER DIPETIK DARI AKHBAR BERITA HARIAN 16 OKTOBER 2023 |
|
|