09 - 774 2448 infoilpkb@gmail.com Ahad - Khamis : 8.00pg - 5.00ptg

SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF SERVIS (COPTPA)

 

 

KOD : STAS03

 

Pengenalan Kursus

Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini.

Tempoh Latihan : 30 bulan

Kelayakan Akademik :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Menservis Automobil/ Automotif Kenderaan/ Automotif Elektrik & Diesel/ Teknologi Automotif/ Menservis & Membaiki Kenderaan.
  4. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. 

Persijilan

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Keterangan Kursus

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara, memasang komponen-kompenan kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalulintas.

Kerjaya

Bertambah bilangan kenderaan dari sehari ke sehari menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Mekanik Automotif atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang automotif.