09 - 774 2448 infoilpkb@jtm.gov.my Ahad - Khamis : 8.00pg - 5.00ptg

Sesi Perbincangan Teknikal ILPKB Bersama ROHM Electronic (M) Sdn. Bhd.

   

23 JULAI 2024 || SESI PERBINCANGAN TEKNIKAL ILP KOTA BHARU BERSAMA ROHM ELEKTRONIK (M) SDN BHD


Delegasi ILP Kota Bharu yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan Ts. Mohd Sari bin Mahmood telah berpeluang mengadakan lawatan ke Rohm Elektronik (M) Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara teknikal, termasuk penempatan pelajar internship dan penempatan pengajar untuk Latihan Sangkutan Industri.


Kami berbesar hati dapat berinteraksi dan bertukar pandangan dengan pihak industri, yang pastinya akan memberikan manfaat besar kepada para pelajar dan tenaga pengajar kami. Terima kasih kepada Rohm Electronic atas sambutan yang mesra dan perkongsian ilmu yang berharga.


Mari bersama-sama kita teruskan usaha dalam mempersiapkan generasi yang berkemahiran tinggi dan bersedia untuk industri!


“Empowering Skills, Igniting Futures”
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”


#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗜𝗟𝗣 #𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 #𝗝𝗠𝗧𝗜
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝗜𝗟𝗣𝗞𝗕