09 - 774 2448 infoilpkb@jtm.gov.my Ahad - Khamis : 8.00pg - 5.00ptg

Lawatan ILP Kota Bharu ke Syarikat Nik Lah Sdn Bhd

Lawatan ILP Kota Bharu ke Syarikat Nik Lah Sdn Bhd
 
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu yang diketuai oleh Pengarah Ts. Abdullah bin Muhamad telah mengadakan lawatan dan perbincangan teknikal bersama Pengarah Urusan Syarikat Nik Lah Sdn Bhd, En. Nik Asmawie bin Nik Abdullah.
Lawatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara institusi latihan kemahiran awam dan industri, tetapi juga membuka peluang untuk kolaborasi yang lebih erat di masa hadapan. Syarikat Nik Lah Sdn Bhd, sebagai pengeluar perabot terkemuka di negeri Kelantan dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang perabot dengan para pelajar dan staf ILP Kota Bharu.
 
Dalam sesi lawatan ini, pelawat berpeluang melihat sendiri proses pembuatan perabot, dari peringkat reka bentuk hingga ke pengeluaran. Kami percaya bahawa pendedahan sebegini amat penting untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran industri.
Terima kasih diucapkan kepada En. Nik Asmawie bin Nik Abdullah dan semua kakitangan Syarikat Nik Lah Sdn Bhd atas layanan anda. Semoga hubungan ini terus kukuh dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. 🤝
 
“Empowering Skills, Igniting Futures”
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”