09 - 774 2448 infoilpkb@jtm.gov.my Ahad - Khamis : 8.00pg - 5.00ptg

SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN

 

 

 

 

KOD : A08-B

 

Pengenalan Program

Kursus ini sememangnya memberikan prospek perkerjaan yang meluas dalam sektor industri kepada pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.

Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan diberi latihan kemahiran dalam pelbagai kaedah pemeriksaan kualiti hasil kimpalan seperti pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT). Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Tempoh latihan : 27 bulan

Kelayakan Akademik

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Pemesinan Berkomputer/ Amalan Bengkel Mekanikal/ Teknologi Bengkel Mesin/ Lukisan Geometri & Mesin.
  4. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

Persijilan

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);

  1. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

 

Keterangan Kursus

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka dan gas, membuat kimpalan ke atas logam dari logam-logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru serta menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah. membengkok dan merenggang logam.

 

Peluang Kerjaya

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalanakan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.

Jurukimpal Gas / Jurukimpal Arka Logam Berperisai atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang kimpalan arka dan gas.