09 - 774 2448 infoilpkb@jtm.gov.my Ahad - Khamis : 8.00pg - 5.00ptg

SIJIL PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA

 

 

 

 

KOD : B02

PERSIJILAN :   SKM 3 - Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

TEMPOH LATIHAN: 24 Bulan

KELAYAKAN

1.    Berumur 17 hingga 35 tahun

2.    Lulus SPM Atau Setaraf Dengan Lulus Subjek Berikut :

i.   Bahasa Melayu
ii.   Matematik/ Matematik Tambahan
iii.  Sejarah (Lepasan SPM 2013 Keatas Sahaja)
iv.  Satu (1) subjek lain selain (i dan ii)

3.   Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

 
KETERANGAN KURSUS
Kursus ini dirangka bertujuan melatih mengeluarkan pelajar yang berwibawa dalam pengendalian tugas-tugas penyelenggaraan, merekebentuk dan menganalisa, mengurus, merancang dan merangka susun atur kerja-kerja berhubung sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara serta mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.

 

PELUANG KERJAYA
Pelajar mempunyai kelayakan untuk menjawat jawatan sebagai Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara yang berketrampilan di dalam pengendalian tugas-tugas penyelenggaraan, pemasangan, merekabentuk dan merancang susunatur kerja-kerja yang berkaitan sistem penyamanan udara. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke tahap Diploma di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang ditawarkan.