09 - 774 2448 infoilpkb@jtm.gov.my Ahad - Khamis : 8.00pg - 5.00ptg

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐊𝐎-πŠπ”π‘πˆπŠπ”π‹π”πŒ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π€ππˆπ“ πŒπ„π‘π€π‡ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 π‰π“πŒ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπŽπ“π€ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 π’πˆπ‘πˆ 𝟐/πŸπŸŽπŸπŸ“

Β 
29 Oktober 2025 || Jabatan Elektrik, ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah terlibat dalam Program Ko-Kurikulum Bulan Sabit Merah Malaysia Sesi 2/2025 yang berlangsung pada 29 dan 30 Oktober 2025 bertempat di Sekolah Lapangan Kemanusiaan (HFS), Kandis, Bachok, Kelantan.
Program ini melibatkan penyertaan staf dan pelajar Jabatan Elektrik yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kemanusiaan serta kesiapsiagaan bencana, selaras dengan aspirasi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Melalui penglibatan ini, para peserta didedahkan dengan aktiviti lapangan, latihan pertolongan cemas, serta pendekatan praktikal dalam pengurusan bantuan kemanusiaan.
Kerjasama erat antara pihak ADTEC JTM dan BSMM ini juga diharap dapat memupuk semangat kesukarelawanan serta nilai kemanusiaan dalam kalangan pelajar dan warga institusi.
Program tersebut dianjurkan dengan sokongan penuh oleh pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.